Quantcast
Channel: Berita Semasa Online Malaysia Terkini » kakitangan awam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Semakan Status SPA 2014 Malaysia : Daripada 1.4 Juta Permohonan, Hanya 1.5% (21,381 Calon) Dapat Jawatan Kosong!

0
0

Soalan Temuduga SPA 2014

Semakan Status SPA 2014 Malaysia: Tahniah Agenda Semasa ucapkan kepada warga malaysia yang sudah pun menjadi keluarga besar di kalangan 1.4 juta kakitangan awam.Tetapi…

Masih ramai lagi pemohon yang bertahun-tahun menunggu panggilan temuduga dan interview untuk mengisi kekosongan jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). beberapa kali mengemaskini maklumat dan juga jawatan, tetapi sehingga kini masih lagi tiada kahbar berita.

Yang mana mendapat panggilan temuduga SPA pula, masih ada lagi yang belum mendapat peluang menjadi penjawat awam. Malah, berkali-kali mengahdiri temuduga SPA, tetapi, harapan dan berita, masih mengecewakan.Macam-maca senario yang ada.

Nasihat kami kepada yang tidak berjaya dalam permohonan jawatan SPA atau temuduga SPA, janganlah kecewa dan bersedih. Rezeki itu luas.Mungkin juga ada hikmahnya, anda tidak berjaya menjadi kakitangan awam buat masa ini.

Namun, melihat pada statistik yang kami berikan di bawah ini, anda semua bakal-bakal penjawat awam sudah boleh menilaikan sendiri kebarang kalian peluang adan untuk diterima masuk menjadi kakitangan awam

Kelebihan Kerja Sebagai Kakitangan Awam Di Malaysia

  • Peluang kenaikan gaji setiap tahun
  • Mendapat kemudahan pencen selepas bersara kelak
  • Mendapat kemudahan pinjaman yang lebih menarik berbanding sektor swasta
  • Mudah membuat pinjaman komputer, kenderaan, rumah dan sebagainya.

Statistik Semakan Status SPA 2014 Malaysia : 1.4 Juta Permohonan Jawatan Kosong

Berdasarkan semakan kami, statistik terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mendapati :

  • SPA Malaysia telah menerima permohonan jawatan kosong SPA 2014 sebanyak 1.4 juta permohonan antara Januari hingga Ogos 2014
  • Daripada angka tersebut 115,007 calon telah berjaya dipanggil temuduga bagi jawatan kosong SPA 2014 kali ini.
  • Dan hanya 21,281 sahaja yang berjaya diterima untuk menjadi kakitangan awam di Malaysia.
  • Berdasarkan angka 21,281 itu, 15,737 calon yang dilantik adalah terdiri daripada orang Melayu, 1,531 (orang Cina), 1,180 (India), 1,300 (Bumiputera Sabah), 1,160 (Bumiputera Sarawak) dan 473 (lain-lain)
  • Dan angka permohonan jawatan kosong SPA 2014 akan terus bertambah, kepada 2.5 juta permohonan berbanding permohonan jawatan kosong SPA 2013

Exam-Online-SPA-2014

Permohonan dijangka semakin bertambah, tetapi peluang yang ada untuk menjadi kakitangan awam semakin menipis. Dalam masa yang sama, Agenda Semasa melihat SPA terus ligat dalam mempromosikan senaraian jawatan kosong dan pelbagai klinik kerjaya untuk jawatan kosong SPA 2014. Untuk apa sebenarnya? Sedangkan peluang yang ada sekarang ini pun cukup terhad.

Ditambah pula dengan kenaikan had umur untuk pencen daripada 55 tahun kepada 56 tahun, dan kemudian kepada 58 tahun dan tarkini, kepada 60 tahun, lebih menyukarkan peluang anak-anak muda untuk menjawat jawatan sebagai kakitangan awam. Kami berpendapat, sekiranya kerajaan Malaysia membuat semakan semula dan kajian terhadap had umur persaraan ini, peluang pemohon lain untuk menjadi kakitangan awam akan kembali terbuka luas.

Tetapi, melihatkan situasi kewangan kerajaan dan bebadan yang perlu ditanggung, Agenda Semasa mendapati amat mustahil untuk pelaksanaan had umur persaraan ini dikaji semula. Sebab?

Bersara awal, bermakna Kerajaan terpaksa menanggung bayaran pencel lebih awal. Duit yang dikeluarkan pula adalah duit yang tiada pulangan kembali kepada kerajaan.

Namun itu bukan penyebab sebenarnya. Para pesara masih lagi dapat menyumbang kepada pendapatan negara dengan berbelanja dan membayar cukai. jadi, alasan kerajaan untuk menaikkan had umur persaraan agar tidak membayar pencen lebih awal, adalah alasan lemah.

Tetapi, kepada pemohon-pemohon jawatan kosong SPA 2014 yang masih lagi belum berjaya, jangan putus asa. Rezeki masih lagi terbentang luas buat anda. Nasihat kami adalah sentiasa berusaha dan berdoa. Kami pernah mengajukan beberapa soalan kepada panel temuduga SPA mengenai bagaiman pemilihan temuduga dilaksanakan dan kami ingin kongsikan kepada pembaca di bawah :

  • Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik secara spesifik. (Cth : Sekiranya adan tidak mendapat Kredit dalam Matematik semasa Peperiksaan SPM, jangan mohon jawatan yang memerlukan kelayakan itu.)
  • Sentiasa mengambil tahu mengenai kekosongan jawatan yang ada di laman web SPA.
  • Sentiasa berdoa dan berdoa serta berusaha.

P.S. Mungkin ada kakitangan awam di sini yang mempunyai pengalaman ditemuduga dan sebagainya, boleh berkongsikan pengalaman anda dengan rakan pembaca di sini.

The post Semakan Status SPA 2014 Malaysia : Daripada 1.4 Juta Permohonan, Hanya 1.5% (21,381 Calon) Dapat Jawatan Kosong! appeared first on Berita Semasa Online Malaysia Terkini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images